Terkini - Rakyat Malaysia Puji Perompak Yang Merompak Anak Zahid Hamidi

Sumber asal:  http://infosemasa-media.blogspot.my/2015/12/terbaru-rakyat-malaysia-puji-perompak.html Perompak yang merompak kena puji...


Sumber asal: http://infosemasa-media.blogspot.my/2015/12/terbaru-rakyat-malaysia-puji-perompak.html


Perompak yang merompak kena puji.
Mangsa rompakan kena kutuk.

Itu yang berlaku dalam insiden rompakan yang membabitkan anak perempuan kepada timbalan perdana menteri Malaysia, Zahid Hamidi iaitu Nurul Hidayah.

Untuk pengetahuan korang, ini adalah kejadian kali kedua rompakan yang membabitkan rumah Nurul Hidayah. Kali ini Nurul Hidayah dianggarkan kerugian 25,000 ringgit Malaysia termasuk kehilangan cincin perkahwinannya.

Berani juga perompak tu ya. Merompak bukan rumah calang-calang orang. Anak TPM punya rumah kena rompak tu.

Tak pasti samada perompak yang sama merompak kali kedua di tempat yang sama ataupun perompak yang berbeza merompak di rumah itu tetapi oleh kerana Zahid Hamidi ialah ;

- Menteri yang kawal-selia KDN

- Timbalan perdana menteri pula tu

Maka sudah tentula isu berkenaan menjadi kecoh di laman maya. Selain membuat komen berbaur sindiran kononnya Malaysia masih aman, syukur takde bom sekadar rumah je kena rompak dan sebagainya, netizens juga turut memuji tindakan perompak yang merompak rumah anak timbalan perdana menteri. Bahkan, perompak tersebut digambarkan sebagai seseorang seperti WIRA kerana merompak rumah-rumah VVIP di negara neh.

Baca sedikit sebanyak respon netizens tentang isu berkenaan ;









Apa yang rakyat fikir adalah cerminan kepada apa yang kita lakukan kepada rakyat.

Sudah tentu komen-komen seperti di atas tidak mewakili pemikiran hampir 30 juta rakyat Malaysia tetapi apabila komen-komen seperti di atas mendominasi alam maya sekurang-sekurangnya kita patut sedar apa yang kebanyakkan dari mereka fikir tentang diri kita.

Rakyat sudah tidak boleh lagi simpati kepada kamu bukan kerana mereka kejam.
Sebaliknya diri mereka telah dipandu dan didorong untuk bersikap sedemikian selepas apa yang pemimpin-pemimpin negara ini lakukan kepada rakyat.

Polisi yang hanya cantik atas kertas tetapi gagal diterjemahkan dalam bentuk tindakan, keadilan yang berat sebelah dan berpihak, keselamatan yang hanya memandang pada status dan pangkat, prinsip demokrasi yang nampak cantik dalam perlembagaan tetapi gagal dimanifestasikan secara realiti, keputusan demi keputusan yang menyusahkan dan membebankan rakyat, tindakan demi tindakan, hukuman demi hukuman, yang mana rakyat sahaja menjadi sasaran sementara itu yang berkuasa, berharta dan berpangkat berstatus VVIP kekal hidup bebas dan bermaharajalela, ini semua akhirnya membentuk satu situasi, pemikiran serta prinsip dalam hidup rakyat bahawa tiada keperluan untuk mereka bersimpati pada kamu kerana dari awal lagi kerajaan tidak pernah mahu bersimpati apatah lagi mempedulikan nasib rakyat yang terus terpinggir dan ketinggalan dalam langkah kerajaan membina kemajuan (kekayaan) bagi memuaskan nafsu kapitalisma.

Telah aku katakan, apa yang rakyat fikir adalah refleksi kepada apa yang kamu lakukan kepada mereka.

Ia adalah pengalaman mereka yang menjadikan mereka sebegitu. Pengalaman yang tidak menipu ataupun dipengaruhi oleh sentimen pembangkang. Rakyat ialah mahkluk hidup dan berkembang, jika mereka benci kepada pemimpin negara dan anak-anak mereka sudah tentulah ia kerana kamu sememangnya begitu membencikan.

Related

Kantoi 6045470045889781639

Post a Comment

emo-but-icon

item