'Bangang'

INCHEON: Khairy Jamaluddin (KJ) menyelar pihak yang mempertikaikan kejayaan ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David menyumbang emas ked...


INCHEON: Khairy Jamaluddin (KJ) menyelar pihak yang mempertikaikan kejayaan ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David menyumbang emas kedua negara di temasya Sukan Asia ke-17 pada Selasa yang lalu sebagai tidak bertanggungjawab dan 'bangang'.

Salah seorang pengguna akaun laman sosial Facebook dikatakan menulis komen negatif di status akaun Facebook KJ dengan memperlekehkan kejayaan Nicol atas alasan sukan tersebut tidak dipertandingkan pada peringkat Sukan Olimpik.

"Bangang," kata beliau ketika diminta mengulas mengenai perkara tersebut.

KJ berkata beliau tidak kisah jika individu berkenaan memperlekehkanya sebagai Menteri Belia dan Sukan namun bukan kepada atlet negara yang bertungkus lumus mengharumkan nama negara di pentas sukan dunia.

"Atlet kita sanggup ketepikan hal-hal peribadi mereka semata-mata untuk mengalas cabaran negara di Incheon dan tidak ramai yang sanggup berbuat demikian demi kepentingan negara," katanya menerusi mStar Online.

Related

Sukan 3900358320548293630

Post a Comment

emo-but-icon

item