'Tips' Buat Shila

SELAIN Datuk Siti Nurhaliza dan Dayang Nurfaizah yang memberikan komen masing-masing mengenai kontroversi yang melanda penyanyi Shila Amz...


SELAIN Datuk Siti Nurhaliza dan Dayang Nurfaizah yang memberikan komen masing-masing mengenai kontroversi yang melanda penyanyi Shila Amzah, bekas kekasih penyanyi itu iaitu Sharnaaz Ahmad tidak terkecuali dikejar media bagi mendapatkan pendapatnya berhubung isu tersebut.

Enggan mengulas panjang Sharnaaz hanya mengatakan seharusnya Shila dan pihak media yang terbabit berbaik-baiklah di antara satu sama lain kerana kedua-dua pihak memang saling memerlukan di antara satu sama lain.

“Kalau boleh saya tak nak komen. Tapi apa yang boleh saya cakap, berbaik-baiklah. Kita semua sama-sama dalam industri, saling memerlukan. Kita sama-sama kena membantu. Apa yang dia cakap ada betul, apa yang media buat pun ada betulnya. Masalah harus dibawa berbincang elok-elok,” katanya memetik portal Gua.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, pelakon lelaki berbadan sasa ini sudah pun memiliki pusat kecergasan gim miliknya sendiri, Sharnaaz Ahmad Fitness Centre yang terletak di Segambut, Kuala Lumpur.

Pusat kesihatan miliknya itu bakal dibuka pada Oktober ini dan majlis pelancarannya akan berlangsung pada hujung tahun ini. – Mynewshub

Related

Hiburan 2918238175686799535

Post a Comment

emo-but-icon

item