Rupa-Rupanya Ini Punca Sebenar Johan Tolak Tawaran Berlakon !

Rupa-Rupanya Ini Punca Sebenar Johan Tolak Tawaran Berlakon ! - Johan Raja Lawak, agak lama admin tidak melihat lakonan beliau di kaca tele...

Rupa-Rupanya Ini Punca Sebenar Johan Tolak Tawaran Berlakon ! - Johan Raja Lawak, agak lama admin tidak melihat lakonan beliau di kaca televisyen bukan? Antara filem yang masih admin ingat ialah dimana Johan berlakon dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah dan nampaknya beliau juga tidak muncul dalam mana-mana drama atau filem terkini.
Sedar ramai yang merindukan beliau kembali berlakon, Johan menjelaskan tugas beliau sebagai penyampai radio di stesen Era FM merupakan punca utama beliau sudah lama tidak menceburkan diri dalam bidang berlakon.
Bukan tidak rindu hendak berlakon tetapi komitmen pada radio membuatkan saya terikat kerana jadual bekerja yang tetap setiap hari
Walaubagaimanapun, Johan nampaknya sudah menemui jalan penyelesaian apabila beliau kini sedang aktif menerbitkan drama dibawah syarikat produksi miliknya JWH Production dimana beliau bebas untuk menyusun jadul penggambaran sendiri tanpa menyusahkan orang lain. Tahniah Johan!
Alhamdulillah sebelum ini saya pernah menerbitkan program untuk Astro iaitu ‘Acaner Tu Johan’ dan tahun ini menyasarkan untuk menghasilkan drama pula.
Dengan cari ini saya boleh buat semua perkara termasuk mengarah dan berlakon dalam projek terbitan syarikat saya mengikut kesesuaian jadual saya.
Sudah beberapa lama juga Johan tidak dapat membuat persembahan bersama Zizan Razak sebagai kumpulan Jozan dan kali ini beliau merasa teruja sangat apabila mereka berdua bakal menjadi hos bersama di Anugerah Meletop Era 2015 yang bakal diadakan pada tanggal 22 Februari di Stadium Putra Bukit Jalil.
Buat masa ini, Johan bertugas menerusi slot Johara Pagi Era bersama Hanif dan Ray pada setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 6 pagi hingga 10 pagi.
Sudah menjadi rezeki Johan untuk terus bertugas sebagai penyampai radio kerana ramai pendengar merasa ceria di pagi hari mendengar lawak dan celoteh beliau di Era FM. Namun, ianya satu usaha yang bagus apabila beliau kini telah mempunyai syarikat produksi sendiri untuk mengukuhkan lagi nama dan jenama beliau dalam industri hiburan. Tahniah sekali lagi Johan!

Related

Hiburan 2231106569388644819

Post a Comment

emo-but-icon

item