'4 Kali Tangguh, Last² Penerbangan AirAsia Dibatalkan Jam 12 Malam'

Ia merupakan hari yang amat buruk semalam. Saya sepatutnya sudah berlepas dengan penerbangan AK6130 (AirAsia) yang dijadualkan berle...


Ia merupakan hari yang amat buruk semalam. Saya sepatutnya sudah berlepas dengan penerbangan AK6130 (AirAsia) yang dijadualkan berlepas pada jam 7.05 petang namun ditangguhkan sehinggalah penerbangan dibatalkan pada jam 12.00 tengah malam. 

Kami tidak dimaklumkan awal yang penerbangan itu ditangguhkan. Kami diarah berpindah dari tempat duduk bagi pintu K8 ke K10, kemudian ke pintu J7 ke J3 dan diarahkan kembali semula ke pintu K10 untuk menaiki pesawat segera pada jam lebih kurang 11.10 malam. 

Bayangkan jarak di antara kedua-dua pintu berkenaan, ada di antara penumpang adalah kanak-kanak dan orang tua.

Pada ketika itu, tiada seorang pun kakitangan AirAsia yang datang memberikan sebarang penjelasan. Kami hanya diberi makanan bungkus pada jam 11.30 malam. Pada pertengahan malam, seorang kakitangan lelaki AirAsia membuat pengumuman bahawa penerbangan kami telah dibatalkan atas alasan keperluan operasi. 

"Apakah?"

Kami diminta pergi ke Kaunter T atau Balai Pelepasan dan ya kami terpaksa menghadap dan berjalan jauh buat kali ketiganya. Pada masa ini, kemarahan penumpang sudah memuncak. Pengawal Keselamatan telah dikerahkan untuk melindungi kakitangan AirAsia. 

Tidak lama kemudian kami juga mendapat tahu bahawa dua lagi penerbangan ke Alor Setar dan Kota Bharu juga menerima nasib yang sama. 

Tiba di Kaunter T, kami diberi pas masuk yang baru untuk penerbangan pada hari berikutnya. Ada beberapa penumpang bertanya mengenai hotel dan penginapan pelajar, namun kakitangan terbabit memberitahu bahawa hotel yang berhampiran sudah penuh. 

Beberapa penumpang yang mempunyai kenalan atau saudara mara terdekat hanya terus berlalu pergi. Penumpang yang lain tiada pilihan dan memilih untuk tinggal di lapangan terbang dengan tidur di atas lantai dalam kesejukkan dengan bayi dan kanak-kanak. Tiada selimut yang diberikan kepada mereka.

AirAsia, tergamak anda memberikan layanan seperti ini pada penumpang anda? Jika kami diberitahu lebih awal yang penerbangan menghadapi masalah operasi dan terpaksa dibatalkan sebelum tengah malam, kami boleh membuat persediaan awal. Sudah tentu saya dapat membeli pakaian dan pakaian dalam tambahan untuk hari esok. 

Saya datang ke Putrajaya untuk lawatan sehari saja dan tidak membawa sebarang pakaian lebih. Saya kasihan dengan sekumpulan penumpang yang mempunyai penerbangan seterusnya ke Pulau Pinang ke China keesokan pagi.

Siapa yang akan membayar kerugian mereka sekarang? Bagaimana pula dengan pelajar universiti yang mempunyai kelas keesokan harinya? Bagaimana pula dengan bayi yang kehabisan susu formulanya? Pada jam 12.00 tengah malam, semua kedai sudah ditutup. Perkhidmatan teksi pula mengenakan bayaran dua kali ganda pada waktu lewat malam. Wanita yang travel bersendirian dalam perjalanan untuk ke seminar dan mesyuarat juga juga tidak berani nak bersantai. Semua penumpang yang terlibat dibiarkan sejuk dan kering. 

Hanya kerana moto "Now Everyone Can Fly", penumpang diberi layanan yang tidak berperikemanusiaan ini? Hanya kerana penumpang membayar kadar tambang yang rendah, maka kami perlu dilayan seperti orang bodoh? 

AirAsia, anda kehilangan banyak penghormatan dan integriti dari penumpang-penumpang yang terjejas semalam. Saya tahu status saya ini tidak akan menjejaskan anda tetapi tolong kaji semula SOP anda dalam pengurusan krisis dan memberikan layanan yang baik kepada penumpang anda. Saya pasti saya akan elakkan diri dari menggunakan perkhidmatan AirAsia selepas ini. -Datin Noraizan Jamaludin

Difahamkan aduan di atas telah dimajukan kepada Tony Fernandez dan pihak AirAsia kini sedang menjalankan siasatan. Bagaimanapun, dalam respon awal Tony menyatakan AirAsia menghadapi masalah di mana 13 juruterbangnya tidak sihat yang menyebabkan perkhidmatan mereka terjejas.

"Poor show by guest service. Unfortunately had 13 pilots sick which caused flight isues. Aireen Omar is on top of this," katanya


Menurut sumber, sebanyak 394 penerbangan yang sepatutnya berlepas mengikut jadual terpaksa ditangguhkan dan 10 penerbangan terpaksa dibatalkan. - THEHYPEMEDIA.COM

* Anda dilarang menyalin semula artikel ini untuk diterbitkan di mana-mana laman atau blog.

Related

Isu Semasa 4626949770307575362

Post a Comment

emo-but-icon

item