Bas ekspres, kereta terhumban dalam gaung
KOTA BELUD: Sebuah bas ekspres dan sebuah kereta bertembung sebelum terhumban ke dalam gaung di Jalan Kiau-Ranau dekat sini, petan...
http://harianmetronline.blogspot.com/2015/12/bas-ekspres-kereta-terhumban-dalam-gaung.html
KOTA BELUD: Sebuah bas ekspres dan sebuah kereta bertembung sebelum terhumban ke dalam gaung di Jalan Kiau-Ranau dekat sini, petang tadi.
Dalam kejadian jam 3.40 petang itu, pemandu bas ekspres yang membawa 25 penumpang dalam perjalanan dari Tawau ke Kota Kinabalu dikatakan cuba mengelak sebuah kenderaan dari arah bertentangan namun tidak sempat menyebabkan berlaku pertembungan.
Kedua-dua kenderaan kemudian terbabas lalu terhumban ke dalam gaung sejauh kira-kira 50 meter, tidak jauh dari kawasan Bundu Tuhan.
Setakat ini, belum dapat dipastikan sama ada berlaku kematian dalam kemalangan terbabit serta jumlah mangsa yang mengalami kecederaan kerana operasi menyelamat masih dijalankan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ranau, Jimmy Lagon, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 3.47 petang sebelum menghantar sepasukan anggota termasuk 15 daripada Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) bersama tiga jentera ke lokasi - Bharian Online