'Lagi Seminggu Nak Kahwin, Pandang Pun Tak Mahu, Rasa Meluat'

Selebriti YouTube, Pink Mabeles atau nama sebenarnya Shazreen Fazlynda, telah pun selamat diijabkabulkan pada pagi 28 November yang lal...


Selebriti YouTube, Pink Mabeles atau nama sebenarnya Shazreen Fazlynda, telah pun selamat diijabkabulkan pada pagi 28 November yang lalu. Alhamdulillah, dah kahwin juga gadis yang sering tampil dengan video² kelakarnya itu. 

Apa yang menariknya, semalam beliau berkongsikan pengalaman ketika bertunang yang mungkin boleh dijadikan sebagai persediaan bagi pasangan-pasangan muda yang belum berkahwin menempuh tempoh bertunang agar tidak terkecundang di tengah jalan. 

Baca perkongsian Pink Mabeles di bawah:

Masa bertunang, kita mostly kerap bergaduh, kerap rasa nak marah. Kadang-kadang ada sesetengah pasangan sampai nak putus tunang, tak jadi nak kahwin. 

Rasa macam ada orang nak perangat bagi kita tak jadi kahwin kan? Padahal bukan ada orang ketiga pun, tetapi ada makhluk ketiga. 

Biasalah, masa bercouple, makhluk ketiga ini bukan main bagi nampak segala perhiasan pada kekasih hati kita yang bukan muhrim. Bagi nampak cantik, wangi, sampai rasa kalau tak pegang tangan dia itu rugi. 

"Alahai...."

Bila lagi seminggu nak kahwin, pandang pun tak mahu. Rasa meluat macam mana entah.

"Kenapa?"

Sebab syaitan tak mahu kita bina masjid. Benda yang baik, mereka pun hangatlah. Jadi mereka pun berusahalah nak menghancurkan sebelum masjid terbina. Sebab bila sudah terbina, semakin susahlah para-para syaitan ini nak merobohkan masjid yang sudah terbina dengan kukuhnya. 

Percaya pada Allah, kalau jodoh itu dah sampai, pasti akan sampai. Dugaan sikit saja tu, kata hati negatif itu syaitan saja tu. Jangan diikutkan sangat. Boleh rasa beza hati itu sebelum dan selepas diijabkabulkan. InshaAllah. Asalkan suami mampu membimbing kita dan imamkan kita. - Shazreen Fazlynda #pinkmabeles

Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM

Related

Kisah Benar 889875753293325765

Post a Comment

emo-but-icon

item