Punca Wanita Mati Putik Dan Tidak Bergairah
Punca Wanita Mati Putik Dan Tidak Bergairah |Sememangnya masalah keperibadian wanita sangat jarang di bincangkan secara terbuka,Nam...
http://harianmetronline.blogspot.com/2015/12/punca-wanita-mati-putik-dan-tidak.html
Punca Wanita Mati Putik Dan Tidak Bergairah |Sememangnya masalah keperibadian wanita sangat jarang di bincangkan secara terbuka,Namun menurut pakar runding Obsetrik dan Ginekologi pusat perubatan kelana jaya Dr,Dharmini Veerakumaran,Kini semakin ramai wanita tampil menceritakan masalah mereka berkaitan dengan hubungan seksual.
Dari apa yang mereka luahkan saya yakin masalah kurangnya keinginan melakukan hubungan intim bersama suami semakin meningkat di kalangan wanita malaysia.sambungnya
Mungkin ramai yang tidak tahu atau sedar bahwa wanita juga menghadapai masalah kegagalan fungsi seksual sebagai mana juga lelaki yang mereka sebut dengan nama aneh "mati pucuk"
Mati putik boleh berlaku pada wanita tidak kira usia,akan tetapi mati putik lebih kepada wanita yang sudah berpasangan,biasanya hubungan intim mereka akan menjadi hambar.
Tanda-tandanya ialah bila wanita mula menunjukkan tanda-tanda kelewatan mengalami klimaks serta gagal untuk menghayati rangsangan seks ketika bersama suami. Dalam kata lain, mati putik ialah keadaan bila seseorang wanita tidak mempunyai perasaan ghairah.
Punca wanita mati putik
-Tekanan perasaan atau terauma
-Terlalu penat dan letih
-Kemurungan
-Putus haid
-Hubungan yang tidak bahagia
-Terlalu kerap onani Masa muda
-Terlalu penat dan letih
-Kemurungan
-Putus haid
-Hubungan yang tidak bahagia
-Terlalu kerap onani Masa muda
Kesan
Hubungan seks yang menyakitkan mungkin disebabkan ketiadaan rasa ghairah seperti yang telah dijelaskan di atas atau ia mungkin disebabkan masalah fizikal yang mendasari seperti jangkitan atau keradangan akibat dari pada kurangnya pelincir yang keluar ketika wanita bergairah.
Sesi soal jawab
Soalan
SAYA seorang gadis yang berusia 18 tahun. Saya mempunyai satu masalah yang amat mengganggu hidup saya iaitu langsung tidak terangsang. Saya pernah terbaca mengenai mati putik, adakah ia ada kaitan dengan mati putik?
Untuk pengetahuan, saya pernah cuba melakukan onani dan menonton video lucah tetapi saya langsung tidak terangsang. Saya bimbang ia akan mempengaruhi kehidupan saya selepas berumah tangga kelak. Saya juga sering mengalami senggugut teruk. Ibu saudara saya mencadangkan mengambil pil perancang. Adakah ia memberikan kesan sampingan?
* Yang tak mampu
Jawapan
Tidak pelik jika saudari tidak mengetahui apakah sebenarnya 'mati putik'. Saya amat yakin hanya segelintir sahaja yang mengetahuinya. Mungkin juga perkataan ini baharu pertama kali didengari oleh segolongan masyarakat kita. 'Mati putik' ini adalah sama dengan 'mati pucuk' yang dialami oleh lelaki. 'Mati putik' atau disfungsi seksual wanita bakal menjadi mimpi ngeri buat segolongan wanita kita.
Apatah lagi apabila mereka mula menunjukkan tanda-tanda kelewatan mengalami klimaks serta gagal untuk menghayati rangsangan seks ketika bersama suami. Bermakna seseorang wanita tidak mempunyai perasaan ghairah. 'Mati putik' disebabkan gangguan urat saraf dalam pengaliran darah ke faraj terutama kelentit menyebabkan ia tidak menegang. Walaupun dirangsang, ia tetap kendur dan tiada rasa ghairah menyebabkan wanita itu sukar mengalami klimaks dan kurang berminat pada hubungan seks.
Jangan malu
Saudari tidak perlu gusar kerana tidak memerlukan apa-apa rawatan bagi masalah ini selagi belum berumah tangga. Tak usah malu jika saudari tidak terangsang. Belum sampai masanya untuk anda mudah terangsang atau didiagnosis dengan masalah ini. Perkara utama yang saudari perlu ambil berat adalah memberi sepenuh tumpuan kepada pelajaran. Ini yang akan menjamin masa depan saudari.
Elakkan diri daripada melihat video lucah atau melakukan onani yang boleh memburukkan lagi keadaan ini. Salah satu punca wanita mengalami 'mati putik' adalah terlalu kerap melakukan onani semasa muda. Wanita yang gemar beronani akan mudah merasa letih dan tidak bertenaga serta tertekan dengan persekitaran apabila tidak mendapat kepuasan yang dihajati. Rawatan bagi masalah 'mati putik' yang saudari alami akan doktor berikan setelah saudari berkahwin nanti.
Untuk pengetahuan umum ,pakar yang menjalankan penyelidikan bagi meningkatkan libido wanita untuk mengobati masalah mati putik masih menemui jalan buntu.
Pendapat peribadi Apa yang boleh dilakukan kaum Suami untuk membantu
“Seks adalah perekat dan pelincir dalam sesuatu hubungan. Perekat kerana ia dapat membantu merapatkan hubungan pasangan, dan pelincir kerana hubungan seks yang baik dapat membantu pasangan mengatasi masalah lain dalam kehidupan mereka.
‘‘Adalah penting bagi pasangan untuk memupuk kemesraan dalam hubungan mereka dengan menjalin ikatan emosi yang intim (berkongsi tanggapan dan perasaan peribadi), menikmati masa yang dihabiskan bersama-masa dan melakukan hubungan seks secara aktif dan teratur.
‘‘Jadi, jika wujudnya sebarang masalah seksual, ia patut ditangani dengan segera dan pasangan itu wajar mendapatkan khidmat nasihat profesional.