Remaja setan rogol sepupu 8 tahun [VIDEO]

Kota Bharu: Seorang remaja diperintah menjalani bon berkelakuan baik selama tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana mer...


Kota Bharu: Seorang remaja diperintah menjalani bon berkelakuan baik selama tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana merogol sepupunya berusia lapan tahun tiga tahun lalu.

LIHAT Remaja setan rogol sepupu 8 tahun [VIDEO]  DI SINI

Hakim Mahkamah Sesyen Mohd Yusoff Yunus menjatuhkan hukuman itu kepada tertuduh berusia 19 tahun yang mengaku bersalah selepas kertas pertuduhan dibaca jurubahasa mahkamah.

Mohd Yusoff juga memerintahkan keluarga tertuduh membayar wang pampasan RM8,000 kepada ibu bapa mangsa yang juga jirannya.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa merogol kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun di sebuah rumah di Kampung Manek Urai, Kuala Krai, antara jam 9 hingga 10.30 pagi, 15 November 2012.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/98794#sthash.svIUJ6dU.dpuf

Related

Isu Semasa 2936660402153551889

Post a Comment

emo-but-icon

item