Sikap sebenar Emma Maembong akhirnya didedahkan oleh Kamal Adli!
Sebagai seorang yang rapat dan istimewa di hati Emma Maembong, aktor Kamal Adli akui tidak terlepas daripada mengikuti penglibatan pelakon...
http://harianmetronline.blogspot.com/2015/12/sikap-sebenar-emma-maembong-akhirnya.html
Sebagai seorang yang rapat dan istimewa di hati Emma Maembong, aktor Kamal Adli akui tidak terlepas daripada mengikuti penglibatan pelakon cantik kelahiran Terengganu itu di dalam program realiti digital, The House.
Bagi Kamal, Emma berfikiran terbuka tetapi dalam masa yang sama sentiasa menjadi diri sendiri ketika bersama adik-beradiknya, terutamaa Yaya dan Chacha.
Kamal turut mendedahkan lima sikap Emma yang tidak berubah sama ada ketika berada di dalam mahu pun di luar The House.
Di bawah merupakan kenyataan yang diberikan Kamal:
1. HAPPY GO LUCKY!
Emma seorang yang happy go lucky dan sikapnya itu dapat dilihat menerusi program The House. Sungguhpun begitu, dia boleh menjadi seorang yang sangat sensitif dan cepat terasa. Saya lebih suka lihat dia ketawa dan gembira ketika bersama adik beradiknya dalam The House. Ianya sangat natural!
2. Jujur
Saya lihat Emma sangat jujur menzahirkan rasa dan emosinya dalam The House. Memek muka, emosi dan perasaan yang ditunjukkan di hadapan Chacha dan Yaya sama dengan apa yang ditonjolkannya ketika di luar lokasi atau penggambaran The House.
3. Mengambil berat
Dia memang seorang yang sangat caring. Dalam The House, walaupun Emma sentiasa dilihat bergurau kasar dengan adik-beradiknya, namun dia sebenarnya dia sangat menyayangi serta mengambil berat tentang mereka.
4. Pemurah
Emma seorang yang pemurah. Dia suka tolong kawan-kawan dan bukan orang yang kedekut. Dalam The House, saya dapat lihat sikap pemurahnya itu dan dia tidak berkisah untuk berkongsi apa sahaja dengan Yaya dan Chacha!
5. Baik Hati
Dia seorang kawan dan pendengar setia serta suka memberi kata-kata semangat kepada sesiapa sahaja. Dalam The House, saya dapat lihat cara dia menjaga Yaya yang sedang hamil dengan baik dan mengambil berat tentang kakaknya itu .