'Lagi Dipujuk, Lagi Kuat Anak Menangis, Geram Betul!'

Anak-anak saya ada dua generasi. Yang besar dah anak dara dan sudah bersekolah di sekolah menengah. Yang lain, Hafiz berusia 7 tahun, H...


Anak-anak saya ada dua generasi. Yang besar dah anak dara dan sudah bersekolah di sekolah menengah. Yang lain, Hafiz berusia 7 tahun, Hisham, 5, dan Humairah, 3.

Setiap kali pulang ke rumah, masing-masing mencari peluang bercerita dengan ibu. Suatu ketika dulu saya begitu rimas dengan gayutan-gayutan mereka di baju, jeritan-jeritan mereka yang begitu teruja untuk bercerita dan permintaan untuk susu atau ke bilik air. Semuanya berlaku semasa saya baru balik ke rumah. Memang geram sangat rasanya.


Tidak dinafikan adakalanya saya juga menjadi hangin dan marah. Kasihan pula saya melihat wajah mereka yang penuh kekecewaan. 

Saya hadir satu kursus untuk belajar transform segala yang negatif kepada positif. Bukan mudah ye, tetapi sudah lebih dua tahun ini alhamdulillah saya berjaya menggunakan kaedah yang diajar tanpa kesukaran.

Saya juga menggunakan tips yang saya cipta sendiri:

1. Saya meletakkan harga anak-anak saya sebagai anak syurga.

2. Saya menilaikan barang-barang di rumah saya kurang dari RM1 dan dengan kaedah ini kalau ada barang yang pecah atau rosak, saya tidak ralat. Murah saja.

3. Bila anak-anak buat hal, saya akan memandang mereka dengan penuh rasa bersyukur.

Contoh cerita yang sering saya bawakan semasa ceramah saya ialah kisah Hisham. Semasa kecil dulu, Hisham bila bangun dari tidur dan melihat saya tiada di sebelahnya, dia akan menangis sekuat-kuat hati sambil menunjukkan ketidakpuasan hatinya kepada saya dengan intonasi suaranya yang separuh tersekat. 

Hisham akan melompat seperti katak. Suaranya cukup menggegarkan rumah dan amat sukar untuk dipujuk. Di waktu saya nak cepat, lagilah dia meragam dan akhirnya naik juga suara saya. Pada masa itu belum belajar lagi teknik berbisik.

Bila saya belajar untuk transform minda saya, saya pun mengubah skema dalam fikiran saya. Setiap kali ada insiden yang berlaku, saya akan menganalisa keadaan itu dulu dan berfikir sejenak sebelum bertindak. Saya letakkan rasa kesyukuran di tempat pertama tindakan saya. Saya mensyukuri anugerah anak kepada saya, anak-anak saya cukup sifatnya.

"MashaAllah hebatnya ciptaan Allah. Syukur alhamdulillah Allah berikan anak-anak yang cukup sifat, kuat kakinya dan boleh melompat seperti katak,".

Ini membuatkan saya tersenyum dengan penuh kesyukuran dan saya mendapatkan Hisham dan mendukungnya seketika. Lalu Hisham pun mejadi senyap. 

"Wah! Tengok semua, ibu buat magiklah! Hisham dah diam!" kata saya kepada Hafiz. Masa itu Humairah masih keicl lagi dan dia tidak faham apa-apa. 

Hafiz seorang pemerhati. Bila Humairah pula menangis, dia akan beritahu saya, "Ibu boleh buat magik tak?"

"Boleh, mari kita cuba," balas saya.

Saya pujuk biasa-biasa saja tetapi saya dipandang hebat oleh anak-anak kecil saya.

"Apa lagi magik yang ibu boleh buat?" Hafiz bertanya lagi.

Hafiz seronok bila saya kata saya boleh buat magik. Bila mereka semakin dewasa, magik saya juga berkurangan tetapi perhatian saya dan perkataan dari mulut saya menjadi magik yang lebih berkuasa. Pujian dan pura-pura terkejut pula menjadi magik yang sangat disukai oleh anak-anak saya. 

Memang seronok bermain dengan anak-anak ini. Tak sabar nak balik ke rumah untuk menjadi heroin mereka. Mari kita cuba, the power of syukur dan menjadi hero kepada anak-anak kita. - Doktor Norzila Zakaria, Pakar Psikiatri

Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM sahaja. 

Related

Kisah Benar 3095274907045497634

Post a Comment

emo-but-icon

item